Saya sendiri pun seorang wanita, perempuan, anak yang cukup takut untuk melukakan hati orang lain, punyai perasaan yg sensitif, namun kita hidup bermasyarakat, hidup berkawan, semua itu harus dijaga.. Buku ini sangat sangat lahhh membantu saya.. Saya cuba, cuba dan terus mencuba untuk bertahan dengan segala cabaran yang ad demi masa depan saya. Saya cuba untuk tidak jatuh dan cuba untuk tidak lemah atas apa yg saya rasa dan hadapi sekarang. Manusia boleh berubah, begitu juga saya
Pengalaman lalu menjadikan saya lagi kental, banyak mengajar saya erti persahabatan, erti kawan, erti perhubungan. Biarlah org nampak saya lemah, boleh dibuat sesuka hati, namun hanya diri sendiri mengetahui dan lebih mengenali. Dari buku ini, saya sedar bahawa, sama ada kita hidup single atau berkahwin, kita sama sahaja dimuka bumi ini. Normal bila kita tengok rakan sebaya dah ada suami, dah ada anak, kita bila lg? kan ? itu biasa dan soalan plg klise maybe di pendengaran saya " Kila bila lg ?" hahhaha... INSYAALLAH ada jodoh, berlaku lah apa yang dirancang. Andai kata tiada, mungkin Tuhan ada jauh lebih baik perancangan untuk saya .. Kan ?
Untuk bertukar status, saya cuba memuhasabahkan diri untuk meraih cinta Abadi, mungkin bukan dr hamba Allah yang bernama suami, mungkin dr sesiapa sahaja.. Cinta Abadi bukan semata mata untuk suami, namun untuk keluarga, untuk kawan kawan, untuk semua ..Saya ada angan angan saya nak jadi bidadari dunia yg paling bahagia, namun, bukan sedikit kanvas putih bersih itu terkoyak rabak, namun saya harus bangkit, supaya menang dengan ujian hidup. Saya nak buktikan, bahawasanya saya lagi terbaik dr yang lain..
Kehidupan demi kehidupan ini semakin tua, dugaan atau ujian tidak pernah terlepas dari kehidupan manusia, khususnya saya, kaum wanita. Ada waktunya saya berasa sangat dan cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula saya berasa cukup lemah dan berasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan. Siapalah tidak pernah berasa kalah ?
ps/ : Ingatlah kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Teruskan hidup dan bersemangat waja menghadapi liku liku kehidupan ..
No comments:
Post a Comment