CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

make you feel my love

belog busuk!

Daisypath Anniversary tickers

love u all~~~

Wednesday, March 27

Ragam manusia.

Sebelum balik dari ofis nie, nak laa coret something.. Ni kisah seorang hamba Allah yang terasa plak apa yang saya update tu untuk dia.. ouhh please, ad saya MENTION nama awak? xpayah laa nak bagi hint hint. Kalau betul tu khas untuk awak, xmain dh bagi hint supaya buat awak faham, terus je MENTION nama .. tapi bukan untuk awak lah sayang.. awak boleh baca, boleh lihat, tp sila jangan nak perasan tu status untuk awak.. hai lah manusia, saya xde ganggu awak kan ? so jangan nak BUTTHURT sangat.. Kalau awak rasa apa yang awak buat tu betul, xpayah laa nak perasan. hailah.. Dunia dunia.. Macam macam ragam.. Kan duk tulis satu satu perangai awak, apa yang awak buat kat saya, nanti menangis lak.. so saya diam nie, awak pun sila lah diam ..

Luahan Hati ;(

Saya SUSAH, tapi ada yang LEBIH SUSAH dari saya ..
Saya DERITA, tapi ada yang LEBIH DERITA dari saya ..
Saya SEDIH, tapi ada yang LEBIH SEDIH dari saya ..
Saya SAKIT, tapi ada yang LEBIH SAKIT dari saya ..

rupanya ... 

Saya LEBIH SENANG dari mereka
Saya LEBIH BAHAGIA dari mereka
Saya LEBIH GEMBIRA dari mereka
Saya LEBIH SIHAT dari mereka


# Bila saya dilanda kesedihan sebab ditipu, saya dah mengeluh, saya dah menangis, saya dah marah orang berkenaan sebab tipu saya walau hal sekeciknya. Tipu lah kalau saya xterasa hati, tp saya xmampu nak cakap. Cukup sekadar saya meluahkan dalam blog saya, semua atas masing masing.. Nak ditipu ke ap ke, IM OKAY ;)

Tuesday, March 26

Tika Bidadari Berbisik

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Dikesempatan yang ada ini, saya ingin menceritakan satu buku yang dimana menarik untuk dibaca oleh golongan kaum wanita seperti kita yang lemah dengan dugaan dan cabaran di dunia. Jujur saya katakan, buku ini sangat membantu saya untuk menghadapi dan menjalani hidup ini yg semakin mencabar. Sudah lumrah kejadian wanita, kita dilahirkan dengan perasaan yang halus, jiwa yang sensitif malahan hati yang cukup senipis bawang. Namun, tidak dinafikan ada wanita yang kental hati dan jiwanya.

Saya sendiri pun seorang wanita, perempuan, anak yang cukup takut untuk melukakan hati orang lain, punyai perasaan yg sensitif, namun kita hidup bermasyarakat, hidup berkawan, semua itu harus dijaga.. Buku ini sangat sangat lahhh membantu saya.. Saya cuba, cuba dan terus mencuba untuk bertahan dengan segala cabaran yang ad demi masa depan saya. Saya cuba untuk tidak jatuh dan cuba untuk tidak lemah atas apa yg saya rasa dan hadapi sekarang. Manusia boleh berubah, begitu juga saya

Pengalaman lalu menjadikan saya lagi kental, banyak mengajar saya erti persahabatan, erti kawan, erti perhubungan. Biarlah org nampak saya lemah, boleh dibuat sesuka hati, namun hanya diri sendiri mengetahui dan lebih mengenali. Dari buku ini, saya sedar bahawa, sama ada kita hidup single atau berkahwin, kita sama sahaja dimuka bumi ini. Normal bila kita tengok rakan sebaya dah ada suami, dah ada anak, kita bila lg? kan ? itu biasa dan soalan plg klise maybe di pendengaran saya " Kila bila lg ?" hahhaha... INSYAALLAH ada jodoh, berlaku lah apa yang dirancang. Andai kata tiada, mungkin Tuhan ada jauh lebih baik perancangan untuk saya .. Kan ?

Untuk bertukar status, saya cuba memuhasabahkan diri untuk meraih cinta Abadi, mungkin bukan dr hamba Allah yang bernama suami, mungkin dr sesiapa sahaja.. Cinta Abadi bukan semata mata untuk suami, namun untuk keluarga, untuk kawan kawan, untuk semua ..Saya ada angan angan saya nak jadi bidadari dunia yg paling bahagia, namun, bukan sedikit kanvas putih bersih itu terkoyak rabak, namun saya harus bangkit, supaya menang dengan ujian hidup. Saya nak buktikan, bahawasanya saya lagi terbaik dr yang lain..

Kehidupan demi kehidupan ini semakin tua, dugaan atau ujian tidak pernah terlepas dari kehidupan manusia, khususnya saya, kaum wanita. Ada waktunya saya berasa sangat dan cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula saya berasa cukup lemah dan berasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan. Siapalah tidak pernah berasa kalah ? 



ps/ : Ingatlah kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Teruskan hidup dan bersemangat waja menghadapi liku liku kehidupan ..

Monday, March 25

Hanya Aku


Assalamualaikum .. setelah berhabuk blog ini ditinggalkan, sekarang aku muncul kembali.. mungkin disebabkan perasaan malas makin menebal n aku makin selesa berada di atas roda roda kehidupan. Namun, semua itu hanya sementara, bila bumi semakin tua dan aku semakin meningkat, tiba masa nya untuk aku menghambakan diri pada yang Esa. Jauh disudut hati, aku tidak ingin mengulangi segala kesalahan di masa lampau, aku ingin berubah.. Demi Allah, aku ingin merubah cara aku, aku ingin menambah pahala dan memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan aku. Namun, siapalah aku. Hanya manusia biasa yang tak pernah lari dari kesalahan dan hasutan syaitan durjana. Segala nya terletak atas diri aku, hanya aku yang mampu mencorakkan hidup aku, hanya aku yang bisa merubah cara hidup aku, hanya aku yang tahu sama ada bersedia atau tidak untuk menempuhi hidup yang akan datang. HANYA AKU

#Bila bibir tak mampu berbicara, hanya pena yang menari